Kerja data entry ni senang ke?


"Ada orang kata kerja data entry ni senang je. Cuma perlu masuk-masukkan data, itu sahaja."


Tapi, betul ke kerja data entry ni senang


Saya pernah buat kerja-kerja data entry melalui platform erezeki


Walaupun pada anggapan saya, ianya bukannya 100% kerja data entry semata-mata, namun kebanyakkan masa yang saya peruntukkan untuk buat kerja-kerja disini, saya perlu buat kerja-kerja menganalisis dan mencari data. 


Seterusnya data tersebut perlu dipersembahkan dalam satu bentuk yang dimahukan oleh majikan. 


Boleh bayangkan apa benda yang saya buat? Atau perlu saya berikan penerangan yang lebih jelas? 


Ok begini. 


Tugas yang diberikan kepada saya sebenarnya mudah sahaja. Saya diberikan senarai nama syarikat berkaitan real estate yang beroperasi di sebuah negeri. 


Apa yang saya perlu lakukan adalah perkara-perkara berikut. 

1. Gunakan google untuk cari maklumat laman web utama syarikat tersebut. 

2. Lihat dibahagian contact (hubungi) bagi mengenal pasti berapa ramai realtor yang berkhidmat dengan syarikat tersebut. 

3. Seterusnya, saya perlu copy maklumat realtor beserta dengan nombor telefon yang boleh dihubungi. 

4. Siap satu tugasan. 

 
 
 
Tugasan yang diberikan kepada saya tu memang langsung tak susah. Cuma, untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang "tak susah" ni, ia makan masa yang agak lama. 


Saya perlu buat pembacaan. 

Saya perlu pastikan maklumat yang bakal saya berikan kepada bakal majikan adalah maklumat yang tepat. 

Kemudian, saya juga perlu tahu cara-cara untuk menggunakan sistem yang diberikan oleh majikan yang memberikan tugasan tersebut kepada saya. 


Hakikatnya, kerja yang kononnya "tak susah" ni, pada saya sangat menyusahkan. 


Mungkin saya bukannya dilahirkan untuk buat kerja-kerja menganalisis dan merekod data seperti ini.


Kalau nak suruh saya menulis artikel, itu saya boleh buat. Malahan, saya lebih banyak buat duit dalam bidang penulisan berbanding dalam bidang data entry.   


Jadi, untuk tahu sama ada kerja data entry ni mudah atau tidak, anda cubalah sendiri.  


Cuba mohon kerja data entry dari laman web seperti UpWork.com, dan biasakan dengan sistem yang mereka gunakan. 


Dalam posting saya yang terdahulu, berjudul permohonan kerja data entry saya kena tolak, saya juga sebenarnya memohon kerja data entry dari laman web itu.


Kalau anda berjaya dapat kerja online data entry dari situ, biasanya anda pasti akan dapat bayaran, asalkan anda dapat siapkan kerja seperti mana yang dimahukan oleh majikan.  






Share this

Related Posts

Previous
Next Post »