Kerja data entry dengan PMP Development Sdn Bhd dengan gaji RM1,500 - RM2,000 sebulan


Jika anda berminat untuk kerja dalam bidang data entry, dan boleh bekerja di Cheras, mungkin anda minat untuk apply kerja ini. 


Syarikat yang menawarkan kerja ini ialah PMP Development Sdn Bhd. 


Gaji yang ditawarkan pula adalah dalam lingkungan RM1,500 - RM2,000 per month. 


Jika anda minat nak apply kerja ini, anda boleh terus klik sini untuk buat permohonan.


Sila pastikan anda buat permohonan kerja sebelum 17 September 2017


Sekiranya anda baca iklan kerja ini agak lewat, anda boleh cari kerja kosong dalam bidang data entry dengan menggunakan fungsi search. 


Syarat kelayakkan yang diperlukan untuk memohon kerja ini
  • Kecekapan menaip dan mahir komputer 
  • Tiada pengalaman diperlukan, latihan kerja disediakan sepenuhnya 
  • Keupayaan menaip data yang tepat 
  • Lepasan SPM/ Fresh graduate / Penuntut IPTA/IPTS cuti semester


Apa yang anda perlu lakukan? 

Memasukkan maklumat data ke dalam sistem


Manfaat tambahan- EPF & Socso (FULLTIME) 


Untuk memohon kerja ini, sila klik pautan ini dan buat permohonan di laman web tersebut.  
 





 

Kerja data entry ni senang ke?


"Ada orang kata kerja data entry ni senang je. Cuma perlu masuk-masukkan data, itu sahaja."


Tapi, betul ke kerja data entry ni senang


Saya pernah buat kerja-kerja data entry melalui platform erezeki


Walaupun pada anggapan saya, ianya bukannya 100% kerja data entry semata-mata, namun kebanyakkan masa yang saya peruntukkan untuk buat kerja-kerja disini, saya perlu buat kerja-kerja menganalisis dan mencari data. 


Seterusnya data tersebut perlu dipersembahkan dalam satu bentuk yang dimahukan oleh majikan. 


Boleh bayangkan apa benda yang saya buat? Atau perlu saya berikan penerangan yang lebih jelas? 


Ok begini. 


Tugas yang diberikan kepada saya sebenarnya mudah sahaja. Saya diberikan senarai nama syarikat berkaitan real estate yang beroperasi di sebuah negeri. 


Apa yang saya perlu lakukan adalah perkara-perkara berikut. 

1. Gunakan google untuk cari maklumat laman web utama syarikat tersebut. 

2. Lihat dibahagian contact (hubungi) bagi mengenal pasti berapa ramai realtor yang berkhidmat dengan syarikat tersebut. 

3. Seterusnya, saya perlu copy maklumat realtor beserta dengan nombor telefon yang boleh dihubungi. 

4. Siap satu tugasan. 

 
 
 
Tugasan yang diberikan kepada saya tu memang langsung tak susah. Cuma, untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang "tak susah" ni, ia makan masa yang agak lama. 


Saya perlu buat pembacaan. 

Saya perlu pastikan maklumat yang bakal saya berikan kepada bakal majikan adalah maklumat yang tepat. 

Kemudian, saya juga perlu tahu cara-cara untuk menggunakan sistem yang diberikan oleh majikan yang memberikan tugasan tersebut kepada saya. 


Hakikatnya, kerja yang kononnya "tak susah" ni, pada saya sangat menyusahkan. 


Mungkin saya bukannya dilahirkan untuk buat kerja-kerja menganalisis dan merekod data seperti ini.


Kalau nak suruh saya menulis artikel, itu saya boleh buat. Malahan, saya lebih banyak buat duit dalam bidang penulisan berbanding dalam bidang data entry.   


Jadi, untuk tahu sama ada kerja data entry ni mudah atau tidak, anda cubalah sendiri.  


Cuba mohon kerja data entry dari laman web seperti UpWork.com, dan biasakan dengan sistem yang mereka gunakan. 


Dalam posting saya yang terdahulu, berjudul permohonan kerja data entry saya kena tolak, saya juga sebenarnya memohon kerja data entry dari laman web itu.


Kalau anda berjaya dapat kerja online data entry dari situ, biasanya anda pasti akan dapat bayaran, asalkan anda dapat siapkan kerja seperti mana yang dimahukan oleh majikan.  






Bentuk kerja data entry yang popular


Pada waktu catatan ini saya tulis, apa yang perhatikan dari pengalaman saya memohon pekerjaan dalam bidang data entry secara online, kebanyakkan pekerjaan yang ada akan memerlukan kemahiran tambahan. 


Ok maksud saya begini... 


Walaupun kita mohon job data entry, namun pada masa yang sama, pihak majikan tetap memerlukan kita untuk mempunyai kemahiran tambahan seperti, kemahiran melakukan research



Satu bentuk job dalam bidang data entry yang saya kira cukup popular sejak akhir-akhir ini adalah dalam bentuk begini. 


"Pihak majikan akan memberikan senarai nama syarikat, kemudian kita diminta untuk mengenal pasti info-info berhubung syarikat tersebut seperti alamat url syarikat, alamat premis perniagaan, nombor telefon, alamat emel, dan sebagainya". 


Secara tak langsung, ini bakal menjadikan kerja-kerja data entry menjadi lebih sukar dan lebih mencabar. 


Manakala di pihak majikan pula, mereka kini lebih demand dan hanya mahukan pekerja yang benar-benar boleh buat kerja seperti yang mereka mahukan. 


Ini tak jadi satu masalah buat para majikan, sebabnya bilangan pekerja yang sedia untuk buat kerja-kerja seperti itu memang sangatlah ramai.


Kerja data entry, walaupun pada hakikatnya ia tidaklah sesukar mana, namun disebabkan terdapat banyaknya persaingan, menjadikan ianya antara jenis pekerjaan yang agak sukar untuk diperolehi. 


Walaubagaimanapun, jika anda serius nak dapatkan job ini, dan sudi nak belajar macam mana cara nak dapatkannya, anda boleh baca panduan job data entry ni.


Semoga ia membantu, dan selamat bekerja dalam bidang data entry.  









Permohonan kerja dalam bidang data entry kena tolak!


Aduhai... 


Kena reject la pulak. 

 

Kerja data entry ni memang sepatutnya tak ada la sesukar mana. Cuma perlu masuk-masukkan data. 


Ambik info dari sumber A kemudian masukkan pulak ke tempat B. Kena key in dengan penuh ketepatan dan tak boleh buat silap walau sedikit pun. 


Bukan itu sahaja. Kita kena ada kepantasan dalam kerja-kerja menaip. 


Sebabnya, orang yang nak ambil upah kita bekerja dah tentu mahukan kita siapkan kerja dengan seberapa segera yang boleh.



Memandangkan permohonan kerja data entry ni tak berjaya, nampaknya saya perlu cuba lagi di lain kali. 


Mana tau, percubaan kali yang ke seterusnya saya akan dapat job ni. 


Itupun kalau saya tak busy. Kalau kebetulan saya tengah busy, terpaksalah saya fokus je dengan kerja-kerja mempromosikan jobdirumah

 

 

Kenapa blog tentang "bekerja sebagai data entry" ini diwujudkan?


Bekerja dalam bidang data entry... 


Saya boleh katakan yang bidang ini sangat kontroversi sekali.


Untuk sesetengah orang, mungkin mereka boleh dikatakan sangat berjaya dan sangat gembira bekerja dalam bidang ini. Mereka memperoleh satu job ke satu job dengan jayanya. 


Majikan cukup gemar mengupah mereka untuk lakukan kerja-kerja data entry. 


... dan dia pun sangat gembira kerana dapat berkhidmat untuk majikan dalam bidang ini. 


Dari segi bayaran apabila bekerja dalam bidang data entry? 


Semua orang patut tahu, bayarannya tak setinggi mana. Ia langsung TIDAK LUMAYAN. 



Namun, oleh kerana terdapat sedikit perbezaan dari segi kadar pertukaran mata wang, dan kita dapat memilih untuk bekerja dengan majikan dari luar negara, maka kita yang berada di Malaysia ni dapatlah menikmati kadar bayaran yang lebih lumayan! 


Walaubagaimanapun... seperti yang saya katakan sebelum ni. 


Bekerja sebagai data entry memang penuh kontroversi. Bukan semua orang akan bernasib baik untuk dapat bekerja dalam bidang ini. Tak salah untuk saya katakan, nama data entry ni acapkali dipergunakan dan disalah ertikan oleh jerung-jerung yang banyak terdapat di internet untuk mempromosikan program-program yang berbentuk SCAM!


Saya tak nak anda kena scam lagi. 


Buat mereka yang belum pernah kena scam atau yang belum pernah kena tipu, saya tak nak anda jadi mangsa seterusnya. 


Maka atas sebab tu, saya wujudkan blog ini. 


Supaya dengan demikian anda dapat membuat keputusan yang tepat dan tidak terlalu mengikut hawa nafsu.


Moga-moga, satu masa nanti, apabila anda bertemu dengan peluang kerja data entry yang sebenarnya scam, anda dapat bezakan dan dapat menyelamatkan diri dan wang anda. 


Itu sebabnya blog ini saya wujudkan. 


In Shaa Allah, dari masa ke masa, saya akan share lagi banyak tips dan info mengenai Data Entry dalam blog ni. 


Semoga sedikit sebanyak, ia dapat beri anda manfaat dan semoga ia dapat menyelamatkan anda.